Sumber Gambar dari Berita Harian

Lebih 80 peratus pelajar madrasah yang bakal tamat sekolah dan diundang ambil vaskin, sudah tempah slot vaksinasi. 

Menerima mesej untuk membuat jangi temu vaksin pada 1 Jun, Muhammad Faeiz Mohd Adzlan, seorang pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah melahirkan rasa gembira dan akhirnya kini dapat menghela nafas lega. Dengan jumlah kes Covid-19 yang meningkat di sini, Muhammad Faez akui beliau sering rasa gelisah ketika berada di tempat awam. 

Dengan program vaksinasi yang telah dilancar bagi pelajar, Muhammad Faeiz, 17 tahun berkata beliau kini berasa lebih tenang untuk mempersiap diri bagi peperiksaan khas dalam bidang agama yang akan didukinya akhir tahun ini. 

Mengulas mengenai proses mengambil vaksinnya kelmarin, beliau berkata prosesnya berjalan dengan lancar. 

“Saya sebenarnya gerun terhadap suntikan yang diberikan… namun ditenangkan. 

“Setelah menerima suntikan vaksin Pfzier-BioNtech itu, saya disuruh duduk berehat selama 30 minit sebelum pulang ke rumah, “kata Muhammad Faeiz yang kini berada di prauniversiti 2 madrasah itu. 

Berkongsi penagalaman yang sama, Ubaidillah Al-Hamdan Fahmi, 17 tahun, turut melahirkan rasa syukur pemerintah telah mula menawarkan vaksin kepada golongan pelajar. 

Dengan terdapat berita mengenai golongan pelajar dijangkiti Covid-19 baru-baru ini, pelajar prauniversiti 2 di Madrasah Aljunied Al-islamiah itu berkata ia penting baginya untuk mendapatkan vaksin dan melindungi dirinya. 

“Saya amat prihatin dengan penularan wabak Covid-19 yang telah menjejas seluruh dunia dan pada awalnya tiada vaksin yang ditawarkan dan takut setelah ada terbaca berita-berita di mana vaksin ini ada kesan sampingannya. 

“Tetapi setelah menerima informasi tentang vaksin dan juga keterangan daripada kedua-dua orang tua saya yang telah divaksin, saya rasa perlu untuk saya mendapatkannya.” Katanya sambil menambah beliau akan menerima dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech pada 22 Julai. 

Bagi pelajar Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah, Wafiqah Abdul Wahab, 16 tahun, pula berkata beliau tidak rasa takut untuk mengambil vaksin kerana memahami bahawa ia adalah untuk kebaikannya, rakan-rakan sekolahnya serta masyarakat.

Ketika beliau melakukan persiapan bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’, Wafiqah berharap beliau dapat kembali ke sekolah setelah tamat cuti sekolah.

“Dengan mengambil vaksin ini, saya berharap dapat menghadiri kelas tambahan secara fizikal di skolah pada bulan Jun ini. 

“Bagi saya, saya lebih fokus dalam kelas karena menghadiri kelas secara fizikal lebih berkesan daripada secara dalam talian,” ujarnya.

Lebih 80 peratus pelajar madrasah yang bakal tamat sekolah dan diundang mengambil vaksin, sudah pun menempah slot vaksinasi, kata Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar). Dr Mohamad Maliki Osman. 

Ini sesuatu yang sangat menggalakan dalam usaha negara memerangi pandemik Covid-19, menurut beliau dalam satu catatan pos di Facebook, selepas menyaksikan proses vaksinasi di Our Tampines Hub pagi kelmarin.

“Ini adalah sesuatu yang menggalakan kerana ia menunjukkan bahawa pelajar dan Ibu bapa meraka menghargai dan memahami peri-pentingnya vaksinasa dalam kita memerangi Covid-19,” kata Dr Maliki. 

Lebih 1,500 pelajar madrasah berusia 12 tahun dan ke atas dijangka sudah diundang untuk vaksinasi, tambahnya. 

Dalam lawatannya itu, Dr Maliki bertemu dengan beberapa pelajar termasuk dua pelajar dari Madrasah Aljunied yang mengambil dos pertama vaksin mereka serta melahirkan rasa gembira bahawa para pelajar madrasah telah memberi sambutan positif. 

“Saya ingin manggalak semua pelajar yang layak agar mendapatkan vaksin apabila vaksin ditawarkan kepada mereka. 

“Ini adalah cara kita melindungi bukan hanya pelajar dan institusi pendidikan, malah keluarga kita dan masyarakat lebih luas, “ujar beliau.

Sumber dari Berita Harian, pada tanggal 7 June 2021. Baca artikel asli disini: https://www.beritaharian.sg/setempat/pelajar-madrasah-lega-sambut-baik-peluang-dapat-vaksinasi 

Resources

Article

Social Media